Tiada fail perisikan tentera tentang Altantuya – Utusan MaLAYSIA

04/07/2008 5:47pm

KUALA LUMPUR 4 Julai – Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd. Salleh Ismail menafikan akuan bersumpah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin kononnya terdapat laporan perisikan tentera mengenai kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Beliau berkata, sepanjang memegang jawatan di Organisasi Perisikan Pertahanan negara itu, pihaknya tidak pernah mengetahui serta mengedarkan laporan tersebut.

Mohd. Salleh bercakap pada sidang akhbar di Kolej Multimedia Telekom di sini hari ini. – Utusan.

————————————————————————————–

Ini bermakna Raja Petra telah mengakui penglibatannya dengan tentera negara asing kerana BAHAGIAN RISIKAN menafikan penglibatan tentera kita di dalam siasatan tersebut…

2. Raja Petra ingin menimbulkan kemarahan tentera atau Najib kepada tentera dengan mengaitkan semua pihak tertera di dalam akaun sumpah tanpa fakta dan bukti yang kukuh.

3. Raja ingin menjadikan Raja Melayu kita tertekan dalam menerima ‘ pertuduhan’ bahawa perkara tersebut sudah diketahui Raja Melayu.

4. Raja Petra ingin menunjukkan dirinya hebat kerana serba lengkap maklumat diperolehi dari sumber tentera yang tidak jelas dari negara mana.

5. Isu ini bagi menutup ‘ kemaluan’ ekoran pendedahan sumpah keramat Ezam bahawa Anwar bukan muslim yang baik, Anwar juara menentang ketuanan Melayu, adik Anwar dilantik jadi penasihat KDEB, Yahya Shaari meletak jawatan s/u parti Selangor dan banyak lagi..

Anda fikir apa rasional mereka mengaitkan tentera , Raja, Pak Lah, Khairy ? adakah ini tindakan terdesak atau test market bagi melihat reaksi rakyat jelata ?

Nampaknya ramai yang ingin menangguk di air keroh dan kita tunggu sampai bila mereka mampu bertahan ‘mengkhianati’ negara dengan mengada adakan isu isu hangat sebegini….

Berikan komen bebas anda dan saya  yakin tentu ada pandangan anda tersendiri berkaitan isu ini….