Tiada fail perisikan tentera tentang Altantuya – Utusan MaLAYSIA
KUALA LUMPUR 4 Julai – Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd. Salleh Ismail menafikan akuan bersumpah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin kononnya terdapat laporan perisikan tentera mengenai kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Beliau berkata, sepanjang memegang jawatan di Organisasi Perisikan Pertahanan negara itu, pihaknya tidak pernah mengetahui serta mengedarkan laporan tersebut.
Mohd. Salleh bercakap pada sidang akhbar di Kolej Multimedia Telekom di sini hari ini. – Utusan.
————————————————————————————–
Ini bermakna Raja Petra telah mengakui penglibatannya dengan tentera negara asing kerana BAHAGIAN RISIKAN menafikan penglibatan tentera kita di dalam siasatan tersebut…
2. Raja Petra ingin menimbulkan kemarahan tentera atau Najib kepada tentera dengan mengaitkan semua pihak tertera di dalam akaun sumpah tanpa fakta dan bukti yang kukuh.
3. Raja ingin menjadikan Raja Melayu kita tertekan dalam menerima ‘ pertuduhan’ bahawa perkara tersebut sudah diketahui Raja Melayu.
4. Raja Petra ingin menunjukkan dirinya hebat kerana serba lengkap maklumat diperolehi dari sumber tentera yang tidak jelas dari negara mana.
5. Isu ini bagi menutup ‘ kemaluan’ ekoran pendedahan sumpah keramat Ezam bahawa Anwar bukan muslim yang baik, Anwar juara menentang ketuanan Melayu, adik Anwar dilantik jadi penasihat KDEB, Yahya Shaari meletak jawatan s/u parti Selangor dan banyak lagi..
Anda fikir apa rasional mereka mengaitkan tentera , Raja, Pak Lah, Khairy ? adakah ini tindakan terdesak atau test market bagi melihat reaksi rakyat jelata ?
Nampaknya ramai yang ingin menangguk di air keroh dan kita tunggu sampai bila mereka mampu bertahan ‘mengkhianati’ negara dengan mengada adakan isu isu hangat sebegini….
Berikan komen bebas anda dan saya yakin tentu ada pandangan anda tersendiri berkaitan isu ini….
2 comments
Comments feed for this article
July 10, 2008 at 7:59 am
a.bakar
sekiranya anda hebat tunjukkan bukti,kami benci fitnah,Sekiranya dapat sumber dari CIA anda tak layak utk bercakap tentang kebenaran dan ketelusan dlm pertadbiran negara yang ter cinta,Sebab kami kenal siapa AMERIKAAA…..
SETIAP INCI BUMI MALAYSIA DI COROBOH DARAH KAMI SEBAGAI GANTI.BAGI PEMIMPIN PEMBAKANG DAN KERAJAAN JGN KAMU MELIBATKAN RAKYAT DLM MASALLAH KAMU,KAMI NAK HIDUP AMAN TAK PERLU BAWA RAKYAT BERDEMO UTK POLITIK KAMU,BAGI YANG DAH GILA KUASA NAK JADI PEMIMPIN KONONNYA JGN SUSAHKAN KAMI…..
July 13, 2008 at 8:57 pm
hj.yahya
kita tidak boleh mengukur sesuatu isu itu betul atau salah serta tuduhan itu palsu atau benar. Apa yang penting raja petra harus dan wajar mengemukakan bukti kerana inya isu yang berat serta pertuduhan yang amat serius dan rakyat malaysia perlukan butiran serta penjelasan yang terperinci tanpa perlu ada apa-apa bentuk sendiwara atau taktik politik yang kotor.Yang benar kata benar dan faktanya sekali supaya setiap yang diperkatakan itu harus dipertanggung jawabkan.Rajapetra perlu tampil mengemukakan segala bukti tanpa banyak tekataki.Rakyat ingin tahu.Rakyat tidak mahu dipolitikkan.Rakat ada wibawa pengukuran segala bentuk pertuduhan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh sesiapapun.Berani kerana benar, namun andai ianya berupa fitnah bagi saya sebagai manusia dan beragama islam tanpa mengira fahaman politik kita harus memberhentikan segala bentuk fitnah yang boleh menjahanamkan maruah serta kehidupan seseorang.Namun tidak salah mendedahkan segala kemungkaran andai ianya benar demi menjaga kesejahteraan jua keselamatan umat malaysia sejagat.