Copy dari Pembela Melayu Sejati blog asal sini :

Anjing DAP kafir harbi (Majlis Peguam) pernah menyalak menghina laungan Azan

Emel Artikel Ini Emel Artikel Ini

Ditulis oleh HangTuah

Ogos 6th, 2008 · No Comments

Oleh Fazallah Pit dan Sazarina ShahrimSHAH ALAM:
Umno Bahagian Shah Alam semalam membuat laporan polis berhubung satu rencana dalam buletin rasmi Majlis Peguam Malaysia, Infoline yang didakwa menghina Islam kerana menyifatkan laungan azan sebagai ‘pencemaran bunyi dan mengganggu jiran’.

Aduan dibuat seorang Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu, Mohd Azhar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, kira-kira jam 10 pagi.

Ia membabitkan perenggan ketiga rencana bertajuk Local Authorities Ought To Be Sensitive To Individual Rights’ (Pihak Berkuasa Tempatan Perlu Sensitif Terhadap Hak Individu) dalam edisi Infoline Mei/Jun 2004.

Perenggan yang didakwa menghina Islam itu berbunyi:

“True, dogs may be noisy at times but that is a different issue.

“As in the case of those developers building mosque in the vicinity of a non-Muslim community, while one recognises that any community’s right to perform its religious obligation by way of using a loudspeaker, to some, it is noise pollution created to the annoyance of those residing in the neighbourhood.”

(Benar, anjing mungkin bising pada ketika tertentu tetapi itu isu berlainan).

(Dalam kes pemaju membina masjid di kawasan kediaman bukan Islam, sementara setiap orang mengiktiraf hak sesuatu komuniti melaksanakan kewajipan agama dengan menggunakan pembesar suara, kepada sesetengah orang pula, ia adalah pencemaran bunyi dilakukan hingga mengganggu penduduk sesuatu kawasan kediaman).

Mohd Azhar berkata, rencana itu secara tidak langsung menyindir laungan azan dan secara terus menghina Islam.

“Artikel itu menghina penggunaan pembesar suara oleh sesuatu komuniti untuk menjalankan ibadat dan dalam konteks artikel itu, yang merujuk kepada pembinaan masjid, ia ditujukan terhadap laungan azan.

“Artikel itu menyatakan secara tidak langsung bahawa panggilan azan adalah pencemaran suara atau bunyi. Ia juga mempersoalkan pembinaan masjid di kawasan yang kononnya ‘komuniti bukan Islam’. Rujukan ‘komuniti bukan Islam’ tidak wujud di Malaysia, negara berbilang kaum,” katanya.

Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Umno bahagian itu, Ahmad Sharizal Jimin, yang hadir sama ketika laporan itu dibuat berkata, rencana itu menyamakan laungan azan dengan salakan anjing yang menghasilkan pencemaran bunyi.

Beliau kesal kerana Majlis Peguam, yang ditubuhkan selaras dengan Akta Profesion Guaman 1976, tidak mengambil kira perasaan orang Islam dan status Malaysia sebagai negara berbilang kaum ketika menerbitkan rencana berkenaan dalam buletin rasminya.

“Umno Shah Alam mahu polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menyiasat penulis terbabit dan artikel berkenaan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta anggota masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya mengecilkan hati orang lain dengan menyentuh isu berkaitan keagamaan sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Rakyat Malaysia perlu mengamalkan toleransi yang lebih memandangkan masyarakat negara ini berbilang kaum dan menganut pelbagai agama. Kita harap orang ini sedar bahawa kita telah hidup sekian lama dalam keadaan aman dan baik kerana sikap toleransi yang baik.

“Kita harap perbuatan tidak berfaedah ini tidak berulang hingga boleh sebabkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari, ketika dihubungi menegaskan rencana yang dianggap menghina Islam itu tidak mencerminkan badan berkenaan, sebaliknya ia hanyalah pendapat individu dan tidak mewakili mana-mana pihak.

“Majlis Peguam percaya kepada kebebasan bersuara dan beragama yang diamalkan di negara ini. Apa yang disiarkan dalam Infoline itu adalah pendapat
individu sama ada dari kalangan peguam atau orang awam sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedia menyiarkan maklum balas daripada mana-mana pihak terutamanya Umno Shah Alam mengenai artikel berkenaan.

“Artikel itu hanyalah pendapat dan biarlah pembaca menghakimi kandungan artikel berkenaan. Jika mereka merasakan ia salah, kita bersedia menyiarkan artikel balas daripada pihak mereka.

“Kami alu-alukan jika ada artikel yang ingin membalas semula isu yang dibangkitkan oleh penulis artikel berkenaan yang dikatakan menghina Islam itu,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman meminta Majlis Peguam menapis rencana yang disiarkan supaya perkara seperti itu tidak berulang.

Katanya, isu garis panduan membela haiwan peliharaan terutamanya anjing yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tidak seharusnya disamakan dengan isu azan kerana ia adalah sesuatu berbeza dan membabitkan amalan beragama yang diperakui sendiri Perlembagaan negara.

“Penulis seelok-eloknya memohon maaf kepada orang Islam di negara ini kerana dia tidak sensitif dan secara terang menulis mengenai masjid walaupun kita tahu agama lain juga mempunyai cara mereka sendiri yang boleh dikatakan sama ‘bisingnya’,” katanya ketika dihubungi.

Artikel Asal yang disiarkan dilaman rasmi Majlis Peguam

Local authorities ought to be sensitive to individual rights
—————————————————————–

Bei Fang

The guidelines issued by Subang Jaya Municipal Council well illustrate the insensitivities on the part of the local authority. It shows no respect for the fundamental right of local residents to raise pets. Why discriminate against those who keep dogs as pets?

True, dogs may be noisy at times, but that is a different issue.

As in the case of those developers building mosques in the vicinity of a non-Muslim community, while one recognises that any community’s right to perform its religious obligation by way of using a loudspeaker, to some, it is noise pollution created to the annoyance of those residing in the neighbourhood.

Following the argument of the local authority, prior consent ought to have been obtained from the local residents before permitting any developer to put up any mosque in their neighbourhood. However, this has never been an issue so far, simply because the non-Muslim community recognises the Muslim community’s right to freedom of religion.

One fails to understand why a local authority, which is duty-bound to look after the well-being of the local residents, is oblivious of the right of the local residents to keep pets of their liking? The residents are merely exercising their
fundamental human right to keep pets, whether they be cats, birds or dogs.

Perhaps a human rights course for the municipal council official concerned may be of help.

Short-term solution
————————-
The short-term solution to the problem created by the municipal council may take the form of a demand for the withdrawal of the so-called guidelines, which require dog-owners to obtain prior consent from their neighbours when applying for dog licences.

To insist upon such consent is far from reasonable. This may be interpreted by some to be a subtle way of implementing Islaminsation process by the local authority, which is adversely Affecting the right of the local residents’s right to keep pets.

If the Islamic way of life ought not to apply to non-Muslims, as often advocated by the ruling elite, then it is incumbent upon the local authority to withdraw such guidelines since it is encroaching upon the fundamental right of local residents.

Long-term solution
————————-

Unfettered powers breed arrogance. Today, members of the local authorities are appointed by the ruling party. They are not elected by the people. As a result, they can be complacent and arrogant. They wield unbridled powers in total disregard for the interests of the local residents. There are no checks and balances in the municipal council.

Therefore, the long-term solution to the problem is to advocate for the re-introduction of local council elections. If municipal council members are elected, they will be slow at acting according to their whims and fancies.

They would hesitate to turn a deaf ear to the grievances voiced by the residents. They will always be on the alert and ever willing to attend to the complaints of the local residents, to rectify their errors and to make amends, lest they may be voted out of power in the next local election.

Advertisements