Monday, September 8, 2008

Dato’ KJ Minta Talian Hayat

Tarikh 16 September, 2008 akan menjadi tarikh keramat untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Survival politik DSAI banyak bergantung kepada tarikh tersebut. DSAI telah berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa pada 16 Sept akan terbentuklah kerajaan Malaysia baru yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tentunya tarikh tersebut menjadi satu igauan ngeri untuk Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional sehingga dikeluarkan sebahagian besar ahli parlimennya ke luar negara. Tarikh tersebut juga rupa-rupanya telah menjadi mimpi (khayalan dan angan-angan) indah buat sebahagian daripada ahli dan pimpinan PAS terutamanya Husam Musa dan geng “Erdogan”nya…mungkin disebabkan oleh mengharap kepada habuan tertentu.

Mereka sanggup menyanggah Majlis Syura dan Tuan Guru Presiden semata-mata kerana tarikh keramat tersebut. Mereka cukup percaya dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya bahawa DSAI berkata benar kerana (bagi mereka) beliau tidak pernah menipu ahli PAS dalam hidupnya!

Sebab itulah tidak hairan kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh untuk bersama disisi DSAI setiap kali beliau mengadakan sidang akhbar. DSAI semestinya pemimpin agung bagi mereka…tiada tolok bandingnya. Malah, Tuan Guru Hj Hadi pun tidak setanding beliau dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri (tak percaya boleh tanya Syed Azman – nanti saya ulas cerita beliau di artikel lain). Maka bekerja keraslah mereka terutamanya Husam untuk membantu pemimpin agung mereka itu dalam meyakinkan rakyat Malaysia tentang betapa benarnya perubahan yang bakal berlaku pada tarikh tersebut. Sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz pun turut diseret untuk terlibat dalam gerak kerja mereka, sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sangat yakin akan berlaku perubahan seperti yang dirancang pada tarikh tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba, orang kuat DSAI dalam PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar yang merupakan Setiausaha Agung PAS (yang cuba memporakperandakan perjalanan muktamar PAS baru-baru ini), telah mula mempunyai pandangan yang agak berbeza. Dalam wawancara beliau dalam harakah baru-baru ini, beliau telah berkata :

Tarikh 16 September itu sebagai tarikh yang disebut Anwar beberapa minggu selepas 8 Mac lalu, kita tentunya harap ia akan berlaku sebagaimana yang beliau usahakan itu. Tetapi walau apapun yang berlaku hingga 16 September ini, kita tidak semestinya terikat pada mana-mana tarikh tertentu, seberapa cepat mungkin kita perlu diberikan tangungjawab membetulkan dan memperbaiki negara kita ini.
Tetapi kalau tidak dapat capai dalam masa tertentu kita akan teruskan lagi bawa usaha perubahah sebagaimana kita janjikan dalam setiap kempen pilihan raya umum bahawa kita sentiasa menjanjikan dan nyatakan hasrat jadi kerajaan dalam pilihan raya.
Justeru kali ini kita juga terus menjanjikan harapan itu dan hasrat itu kepada rakyat bahawa jika diberi kepercayaan dalam PRU atau dalam proses Parlimen seperti yang sedang diusahakan sekarang ini kita akan usahakan. Pada saya PAS sendiri tak terikat kepada mana-mana satu tarikh khusus.

Apa dah jadi ni Dato’? Dato’ tak pecaya ke? DSAI mana boleh tipu orangkan? Kalau dia dah kata 16 Sept pasti bentuk kerajaan….mesti jadi punya. Dia kan ada keramat. Takkan Dato’ tak pecaya.

Nampak jelas daripada kenyataannya yang Dato’ KJ dah mula menghidu dan dah mula kurang keyakinan terhadap pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini. Dato’ KJ takut kalau 16 Sept tak menjadi, bosnya sukar dipercayai lagi terutamanya oleh ahli-ahli PAS. Jadi untuk menyelamatkan bosnya itulah maka Dato’ KJ dengan segera meminta “talian hayat” atau “extension” – kalau tak jadi 16 Sept pun tak apa…PAS tak terikat dengan mana-mana tarikh!

Dahlah tu Dato’…..kalau tak jadi 16 September ni, sudahlah…. dah cukup PAS digula-gulakan oleh DSAI. Kalau Dato’ nak ikut DSAI pun pergilah, jangan lagi dilibatkan PAS. Dan jangan lupa ajak sekali Husam Musa dan geng erdogannya.
Saya harap Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura akan bersidang selepas ini dan berbincang untuk memberikan hala tuju PAS yang jelas selepas 16 September ini. Nak buat macam mana “dah terhantuk baru nak tergadah“. Dan yang pastinya Dato’ KJ mesti sukar nak ikut keputusan Majlis Syura kan?? Saya nampak dia terkebil-kebil bila Dato’ Timbalan Mursyidul Am (dalam mukatamar PAS baru-baru ini) bercakap ada pemimpin yang mempertikaikan keputusan majlis syura tahun lepas. Siapalah agaknya????

Blog asal di bawah ini :

http://antihusam.blogspot.com/

Advertisements