https://i2.wp.com/i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/jt-photography-0193.jpg

Khabar tersebut disiarkan di blog pro khairy.

Tetapi sanggupkah dia mereka reka cerita demi mempertahankan Khairy ?

Jika benar ada dihalang mengundi tak eloklah. Jika benar tiada dihalang tetapi dicipta alasan ini oleh Bro Jinggo maka ia satu masalah.`

Baca artikel tersebut di sini dan berikan komen anda.

Advertisements

Semua sudah tahu kes PA Nik Nazmi pukul hero jururakam video klip VK LINGAM isu surau yang dibantah bukan Islam.

Terkini semalam juga ada kes media dipukul petugas PKR.

Adakah ini budaya mereka selepas Carburator Dung yang ‘jilat’ dengan persembahan lucahnya juga dipukul di negeri PR @ Selangor ?

Mungkin PR sesuai digelar Pukul Rakyat… Apa kata anda ???

Tinggalkan komen di bawah…

Video rakaman aksi pukul tersebut :

Akhbar Siasah ( edisi online sini ) telah menyiarkan berita negatif terhadap Fairus. Dan akan disaman Fairus.

Nampaknya edisi saman menyaman berlaku lagi dan rakyat akan menunggu nunggu keputusan saman samada berpihak kepada Siasah atau lawannya.

Fairus merasa dukacita dengan siaran laporan Siasah yang didakwa menjatuhkan maruahnya dan kita dapat melihat tindakan tersebut sebagai usaha menutup ‘kelemahan’ Fairus sendiri yang disiarkan demi menyampaikan mesej tersebut kepada rakyat yang telah memilihnya.

Ingatan ini perlu dilihat sebaik mungkin kerana jika tidak Fairus hanya menunjukkan perangai lama Bos Pakatan Rakyat yang masih diamalkan hingga kini dengan sewenang wenangnya menyaman siapa sahaja yang berani menyentuhnya.

Teressa juga seakan terikut ikut dan akan menyaman Utusan 10 juta. Dan karpal Singh juga akan menyaman Utusan sebanyak 30 juta.

Baguslah jika ini perangai pemimpin PR yang mendakwa memperjuangakan hak kebebasan bersuara. Mereka meminta suara dibebaskan jika melibatkan maruah kerajaan namun meminta jutaan wang jika meraka disakiti menerusi suara suara penerbitan di majalah picisan seperti Siasah.

Adakah ini tindakan sesuai atau sebaliknya ?

Berilah komen anda dan kita sembang sembang di sini kesannya terhadap negara kita….

Kemelut Pas

Kenapa Jadikan Anwar Sebagai Bala Pas

SEDAR atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju, projek 16 September kini menjadi seperti api dalam sekam memakan dan memamah keharmonian Pas selama ini. Projek itu telah menjadi bala kepada Pas meretakkan ukhwah sesamanya. Projek berkenaan yang sepatutnya tidak ada sangkut paut dengan Pas kerana ia adalah agenda peribadi PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim, namun kini menjadi isu yang mengeruhkan suasana dalam Pas.

Pas seharusnya memerhati dari jauh berhubung projek berkenaan tanpa menyusahkan diri dengannya. Pas boleh mengaut keuntungan daripada projek itu tanpa ikut sama mencelup tangan hingga sampai ke pangkal lengan dalam projek berkenaan. Cara itu lebih baik kerana kalau ia tidak berlaku Pas tidak akan terkena bau busuknya.

Gara-gara projek itu kini Pas semacam retak. Ada dua pendapat saling bertentangan berhubung dengannya. Satu pihak mempercayainya hidup-hidup kepada projek berkenaan dan satu pihak lagi menolaknya mentah-mentah. Kedua pihak ada sebab dan hujah tersendiri untuk menerima dan menafikannya.
Strategi politik
Pertentangan berhubung projek ini yang membawa kepada pertentangan kepercayaan bukan saja kepada strategi politik itu tapi membabitkan keyakinan kepada Anwar itu sendiri sedkit sebanyak terobek.
Ia semakin merebak apabila pertentangan itu bukan berlaku dari kalangan individu bawahan tetapi sudah terarah kepada pembentukan dua kelompok yang kontras dalam Pas; yang menyokong Anwar dan yang menentang Anwar.
Hari ini perwujudan kelompok itu sangat jelas dan sudah menjadi sebutan dengan berbagai nama ataupun gelaran. Kedua kelompok ini masing-masing membicara mengikut gaya dan keyakinan tersendiri dan tidak mahu bertemu untuk membincang secara bersama lagi. Ia juga menampakkan konflit sesama sendiri yang cenderung kepada keadaan yang meruncing jika tidak disedari segera kedua pihak.
Pergeseran dan perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Pas selalu mengalami pergeseran dalam mencari kesimpulan berhubung sesuatu isu. Tetapi kalau pergeseran kerana menegakkan batang tubuh manusia di luar parti itu ia menghairankan. Ia agak ganjil sedikit! Bila masa pula Pas bertindak menjadi NGO menjaga hak asasi seseorang?
Anwar adalah individu di luar Pas. Kenapa Pas harus menjadikan batang tubuhnya sebagai pemecah belahkan Pas? Beliau tidak ada kaitan dengan Pas. Sedangkan apa yang berlaku kini ialah disebabkan Anwar. Di sinilah kesilapannya dan menampakkan kurang matangnya siasah Pas.
Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi. Ia semakin ketara dan nyata. Walaupun ada pihak dalam Pas yang ingin mendamai dan menyembunyikannya namun tidak berhasil. Kerana kedua terlibat mempunyai pengaruh yang besar ke atas satu sama lain. Keyakinan dan ego (amarah) manusia menjadikan manusia lupa kepada amanah dan tanggungjawab perjuangan dan menjaga kepentingan ahli Pas.
Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali keduanya AJK Pas Pusat.
Dijadikan perkakas
Dan kelompok ini merasakan mereka merdeka dan menang apabila Musyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai memberi mata dan sedia membentangkan belakangnya untuk dijadikan perkakas usang oleh kelompok ini.

Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

Disebabkan Mustafa dilihat vokal dan menjadi penasihat politik Abdul Hadi Awang maka beliau dicap sebagai ketua di sebelah sini.

Jelas kalau dilihat kepada klasifikasi ini ia menggambarkan Pas kini sudah berpecah dua kumpulan dan di mana kekuatan kedua pihak kelihatan sama gagah kerana keduanya diketuai oleh pucuk pimpinan Pas tertinggi.

Pada dasarnya kedua kelompok ini ada hujah dan alasan kenapa mereka menolak dan menyokongnya. Namun sayang hujah dan alasan ini tidak dapat mempengaruhi di antara satu sama lain sebaliknya keyakinan ini mereka saling bertentangan.

Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu.

Daripada apa yang dilakukan, menjelaskan Husam seakan sedang menguji sejauh mana kehebatan dirinya dengan isu berkenaan. Cara beliau menggerakkan isu itu dan bermain politik dengannya seakan beliau sedang membuat persiapan untuk masa depan politiknya. Secara tidak langsung kini umum sudah melihat semacam ada perlumbaan pengaruh antara Husam dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Pas. Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!

Demikian juga dengan kumpulan yang tidak yakin dengan projek berkenaan. Mereka tidak setuju bukan kerana projek itu projek Mat Jenin; tetapi kerana alasan-alasan lain yang sangat jelas dan konkrit kepada mereka. Di sini saya nampak mereka bukan tidak suka kepada projek berkenaan tetapi tidak boleh menerima sikap dan keperibadian pengilham projek berkenaan, Anwar Ibrahim.

Adapun mengapa mereka tidak bersedia menerima Anwar ialah kerana masalah peribadi yang dihadapi Penasihat PKR itu. Tuduhan liwat ke atas Anwar atau sejarah politik Anwar dizaman gemilangnya dalam BN dulu yang menghentam dan menganiaya Pas menyebabkan mereka sukar untuk menerima Anwar. Dalam erti kata lain gara-gara sejarah hitam dan parut itu mereka hilang penghormatan kepada Anwar.
Tikaman Anwar
Tentu berlain dengan mereka yang tidak mengenali Anwar dan baru mengenalinya seharian dua ini, tidak merasai betapa sakitnya tikaman Anwar terhadap Pas sebelum ini. Mungkin kesan dan sejarah itu menyebabkan mereka berhati-hati untuk menerima Anwar. Mungkin dalam hal ini bagaimana peritnya Nik Aziz terhadap Umno yang menendang Pas keluar BN mungkin begitulah juga peritnya kelompak ini kepada Anwar.

Apa yang berlaku ini walaupun melibatkan Anwar, penasihat PK itu tidak boleh disalahkan. Beliau tidak berdosa dalam hal ini. Anwar tidak memangil dan meminta secara rasmi agar menyokongnya. Pihak yang menyokongnya mahu menumpang tuah dan auranya. Mereka mengira Anwar boleh melakukan sesuatu termasuk meruntuhkan kerajaan BN yang menjadi harapan bersama.

Dalam menangani kemelut ini pada hemat saya Pas kurang berhati-hati dan tidak ceramat. Sepatutnya Pas selesai dengan cara baik dan tidak membuka ruang perbezaan dan konflit antara satu sama lain dengan lebih luas. Perselisihan itu berlaku menampakkan keretakan dalam Pas. Kematangan Pas selama 52 tahun juga boleh dipertikaikan.

Misalnya teguran Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas Mustafa Ali yang meluahkan pandanganya tidak percaya kepada projek itu tidak bijaksana. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak sepatut membuat teguran terbuka begitu dengan mengedarkan kenyataan akhbar mengkritik Mustafa Ali ke dalam blog dan internet.

Tindakan itu tidak fatanah dan bertentang dengan ciri kepimpinan para sahabat yang menjadi idola dan teladan pemimpin Pas. Nik Aziz agak emosional dalam melayani kerenah Mustafa Ali itu. Nik Aziz patut lebih menjaga kedudukannya sebagai Mursyidul Am di mana jawatan tertinggi dalam hirerki Pas daripada turut menjadi broker atau proksi kepada puak yang menyokong Anwar dan sanggup singsing jubah turun padang.

Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.

Dalam apa juga keadaan dan berdepan dengan krisis dan perbalahan beliau tidak wajar berpihak dan patut berada di tengah. Jawatan Mursyidul Am itu sendiri adalah sebagai penasihat dan pemberi kata putus. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya apa lagi mengikut sentimen dan apa lagi kalau sanggup bercakap dengan menggunakan air liur orang lain.

Kini tidak ada siapa lagi yang boleh menjadi orang tengah dan penasihat yang adil dan dihormati dalam Pas apabila Mursyidul Am Pas sendiri boleh dipertikaikan keadilan dan tanggungjawabnya. Perkembangan ini agak malang bagi Pas. Dalam Umno dituduh berkecamuk, Pas juga nampaknya terikut sama bercelaru dengan bergaduh dan singgung menyinggung sesama sendiri sampai terselak barang dalam kain. Barangkali sudah begitu takdir Allah! [wm.kl 10:30 am 15/09/08]

Blog beliau boleh dibuka di sini : http://msomelayu.blogspot.com

Monday, September 8, 2008

Dato’ KJ Minta Talian Hayat

Tarikh 16 September, 2008 akan menjadi tarikh keramat untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Survival politik DSAI banyak bergantung kepada tarikh tersebut. DSAI telah berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa pada 16 Sept akan terbentuklah kerajaan Malaysia baru yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tentunya tarikh tersebut menjadi satu igauan ngeri untuk Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional sehingga dikeluarkan sebahagian besar ahli parlimennya ke luar negara. Tarikh tersebut juga rupa-rupanya telah menjadi mimpi (khayalan dan angan-angan) indah buat sebahagian daripada ahli dan pimpinan PAS terutamanya Husam Musa dan geng “Erdogan”nya…mungkin disebabkan oleh mengharap kepada habuan tertentu.

Mereka sanggup menyanggah Majlis Syura dan Tuan Guru Presiden semata-mata kerana tarikh keramat tersebut. Mereka cukup percaya dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya bahawa DSAI berkata benar kerana (bagi mereka) beliau tidak pernah menipu ahli PAS dalam hidupnya!

Sebab itulah tidak hairan kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh untuk bersama disisi DSAI setiap kali beliau mengadakan sidang akhbar. DSAI semestinya pemimpin agung bagi mereka…tiada tolok bandingnya. Malah, Tuan Guru Hj Hadi pun tidak setanding beliau dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri (tak percaya boleh tanya Syed Azman – nanti saya ulas cerita beliau di artikel lain). Maka bekerja keraslah mereka terutamanya Husam untuk membantu pemimpin agung mereka itu dalam meyakinkan rakyat Malaysia tentang betapa benarnya perubahan yang bakal berlaku pada tarikh tersebut. Sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz pun turut diseret untuk terlibat dalam gerak kerja mereka, sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sangat yakin akan berlaku perubahan seperti yang dirancang pada tarikh tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba, orang kuat DSAI dalam PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar yang merupakan Setiausaha Agung PAS (yang cuba memporakperandakan perjalanan muktamar PAS baru-baru ini), telah mula mempunyai pandangan yang agak berbeza. Dalam wawancara beliau dalam harakah baru-baru ini, beliau telah berkata :

Tarikh 16 September itu sebagai tarikh yang disebut Anwar beberapa minggu selepas 8 Mac lalu, kita tentunya harap ia akan berlaku sebagaimana yang beliau usahakan itu. Tetapi walau apapun yang berlaku hingga 16 September ini, kita tidak semestinya terikat pada mana-mana tarikh tertentu, seberapa cepat mungkin kita perlu diberikan tangungjawab membetulkan dan memperbaiki negara kita ini.
Tetapi kalau tidak dapat capai dalam masa tertentu kita akan teruskan lagi bawa usaha perubahah sebagaimana kita janjikan dalam setiap kempen pilihan raya umum bahawa kita sentiasa menjanjikan dan nyatakan hasrat jadi kerajaan dalam pilihan raya.
Justeru kali ini kita juga terus menjanjikan harapan itu dan hasrat itu kepada rakyat bahawa jika diberi kepercayaan dalam PRU atau dalam proses Parlimen seperti yang sedang diusahakan sekarang ini kita akan usahakan. Pada saya PAS sendiri tak terikat kepada mana-mana satu tarikh khusus.

Apa dah jadi ni Dato’? Dato’ tak pecaya ke? DSAI mana boleh tipu orangkan? Kalau dia dah kata 16 Sept pasti bentuk kerajaan….mesti jadi punya. Dia kan ada keramat. Takkan Dato’ tak pecaya.

Nampak jelas daripada kenyataannya yang Dato’ KJ dah mula menghidu dan dah mula kurang keyakinan terhadap pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini. Dato’ KJ takut kalau 16 Sept tak menjadi, bosnya sukar dipercayai lagi terutamanya oleh ahli-ahli PAS. Jadi untuk menyelamatkan bosnya itulah maka Dato’ KJ dengan segera meminta “talian hayat” atau “extension” – kalau tak jadi 16 Sept pun tak apa…PAS tak terikat dengan mana-mana tarikh!

Dahlah tu Dato’…..kalau tak jadi 16 September ni, sudahlah…. dah cukup PAS digula-gulakan oleh DSAI. Kalau Dato’ nak ikut DSAI pun pergilah, jangan lagi dilibatkan PAS. Dan jangan lupa ajak sekali Husam Musa dan geng erdogannya.
Saya harap Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura akan bersidang selepas ini dan berbincang untuk memberikan hala tuju PAS yang jelas selepas 16 September ini. Nak buat macam mana “dah terhantuk baru nak tergadah“. Dan yang pastinya Dato’ KJ mesti sukar nak ikut keputusan Majlis Syura kan?? Saya nampak dia terkebil-kebil bila Dato’ Timbalan Mursyidul Am (dalam mukatamar PAS baru-baru ini) bercakap ada pemimpin yang mempertikaikan keputusan majlis syura tahun lepas. Siapalah agaknya????

Blog asal di bawah ini :

http://antihusam.blogspot.com/

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

“Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.

“Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

“Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

“Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

Komen saya :

– Dr Asri kerap bercakap dan banyak cakap dan banyak publisiti kadang kadang ‘membesarkan lubang hidung’ kita kerana diangkat terlalu tinggi oleh golongan tertentu.

– Dr Asri menafikan menyokong mana mana parti tetapi tindakannya jelas memberi sokongan dengan kehadiran dan ucapannya yang ‘ terang lagi bersuluh’ …

– Dr Asri tidak perlu menunjukkan ‘belangnya’ kerana rakyat tahu apa motif seorang mufti fahaman Wahabi ini mengkritik orang itu orang ini termasuk Perdana Menteri sendiri. Kritikan yang tidak berasas. Dan lari dari Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kita lihat dan dengar sudah banyak kali isu isu berkenaan Islam dan Melayu disentuh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Terbaru tempoh hari, Majlis Peguam juga menggunakan tajuk sensitif yang menyentuh undang undang Malaysia dan Hak hak istimewa Melayu berkenaan Kontrak Sosial dan memeluk Islam namun sayangnya penganjur tersebut sehingga kini masih tidak dikenakan akta Hasutan.

DAP menghina Islam dan juga simbol simbol suci Islam seperti laungan azan di Puchong dan juga tulisan jawi nampaknya tidak digunakan akta Hasutan.

Mereka cepat mendesak akta hasutan digunakan jika berlaku kenyataan menghina mereka seperti isu Datuk Ahmad ketua Umno Bukit Bendera ini. Namun siapakah yang akan membela beliau seperti mana Peguam PKR Zulkifli Nordin dihina didesak dikenakan tindakan selepas mengetuai protes menentang pengajuran Forum memeluk Islam ?

Adakah salah mengatakan Cina adalah penumpang ? kerana mereka memang asalnya adalah penumpang dan masih lagi berstatus penumpang dan tidak layak diberi hak sama rata. Kerana undang undang yang berkata demikian…Bukan Datuk Ahmad yang mereka reka cerita…

Undang undang yang dipersetujui oleh datuk nenek moyang mereka sendiri sebelum kita merdeka…

Bukan bermaksud menghina tetapi mengatakan kebenaran !

Kerana Cina dan India selama lamanya tidak dapat hak yang sama di sisi undang undang kerana mereka tidak mendapat keistimewaan Hak Hak Istimewa Melayu yang dijelaskan di dalam undang undang dan tidak boleh disentuh oleh mana mana pihak.

Jadi, tepatlah jika Datuk Ahmad berkata demikian. Kenapa kita mahu memohon maaf ? sedangkan kebenaran bersama Datuk Ahmad ?

Lihat Artikel 153 ( dari wikipedia ) ini dan tentu ada asasnya kenyataan Datuk Ahmad tersebut !

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Di Perhimpunan Agung UMNO 2005, Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein menjulang keris dalam mempertahankan ketuanan Melayu, kontrak sosial dan Artikel 153.

Di Perhimpunan Agung UMNO 2005, Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein menjulang keris dalam mempertahankan ketuanan Melayu, kontrak sosial dan Artikel 153.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Jadi, adakah sesuai Akta Hasutan didesak ke atas Datuk Ahmad ?

kecuali jika sudah dimansuh artikel 153 di atas ketika itu bolehlah Datuk Ahmad ditangkap dan dikenakan akta tersebut…

Moga Cina dan India lebih memahami undang-undang Malaysia dan tidak ‘menangguk di air keroh’….

Link Asal di bawah :

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_06.htm&arc=hive

1. Kenapa diletakkan banyak gambar pemimpin dunia di situ ?

2. Adakah ia satu taktik ‘mengaburi’ mata pengundi isu hubungan istimewa Anwar dengan Amerika dan Israel ?

3. Adakah ia taktik meningkatkan imej Anwar sebagai pemimpin peringkat dunia ?

4. Adakah ia punca ‘ramai warga luar negara’ menyokong Anwar termasuk Al Gore ?

SILA KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH BESAR

Apabila Belanda diberi tanah

Saya difahamkan dalam satu kenyataan seorang pegawai Bar Council sebelum forum “Memeluk Islam” yang mereka anjurkan Sabtu lalu, menyebut bahawa forum itu nanti tidak akan mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi ternyata forum yang terpaksa dihentikan atas desakan NGO dan badan-badan Islam Sabtu lepas, memang ada menyebut dan membahaskan peruntukkan itu.

Posting saya yang lalu berkenaan isu ini memuji sikap mereka yang bangkit membantah perjalanan forum yang cuba mencetuskan ketegangan dan salah-faham berhubung Islam itu. Saya menyebut antara lain nama YB Sdr Zul Nordin. Saya terperanjat apabila seorang kawan minta saya mengunjungi satu blog “Rantings and Ravings”. Blog ini saya percaya milik seorang rakyat Malaysia yang bukan Islam, dalam posting beliau di

http://joshbeh.blogspot.com/2008/08/go-to-hell.html

ternyata beliau ada idea sendiri tentang protes Sabtu lepas. Berikut antara gambar-gambar yang disiarkan dalam blognya.

Dibawah gambar ini ditulus caption:
NOTE THE IDIOT IN FRONT
WITH THE FAKE BEARD
(merujuk kepada Ustaz Norazli –
EXCO Pemuda PAS Pusat – hey idiot
FYI its not a fake beard!)
Saya percaya beliau tidak mewakili semua masyarakat bukan Islam di Malaysia, tetapi bagi saya inilah sikap kurang ajar dan biadap yang mahu kita elakkan, yang tercetus apabila kita memberi tanah pada Belanda! Kerajaan perlu bertegas terutama dalam hal-hal yang membabitkan Islam, kerana ia merupakan agama rasmi negara dan agama majority rakyat di negara ini.

Sebagaimana ucapan YB Salahuddin di luar bangunan Bar Council Sabtu lepas, kita (masyarakat) Islam tidak pernah menganggu atau mencampuri urusan yang bukan Islam, rumah ibadat mereka, kepercayaan mereka, lantas mereka juga diharapkan agar jangan begitu terhadap kita.

Tidak ada siapa di Malaysia yang dipaksa memeluk Islam, tetapi apabila telah memeluk Islam, ada segelintir kecil berhadapan dengan masalah, lalu menimbulkan konflik. Oleh kerana mereka telah dengan rela memeluk Islam maka mereka bertanggungjawab menerima peraturan Islam bagi menyelesaikan konflik mereka itu. Begitu juga dengan mana-mana individu dari kaum keluarga bukan Islam, apabila saudara mereka memilih untuk memeluk Islam, maka apabila tercetus konflik, kematian, penceraian dan seumpamanya, Islamlah yang perlu menyelesaikannya, kerana itu pilihan mereka masing-masing.

Jangan Islam disalahkan, yang bersalah adalah mereka yang mencetus dan memulakan konflik itu.