Nak percaya ke tidak…? PKR meneruskan perang sarafnya terhadap Barisan Nasional .Sabtu Naib Presiden PKR Azmin Ali dakwa parti itu telah berjaya memujuk dekat 30 orang ahli parlimen BN agar menolak kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa demikian semasa bercakap kepada para wartawan lepas satu majlis kesyukuran anjuran parti itu di Keramat, Kuala Lumpur.

Ahli parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa,Selangor itu berkata para MP BN berkenaan tidak perlu melompat parti.

Menurut Azmin sebagai MP BN mereka pun boleh menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri bila ia dikemukakan di sidang Dewan Rakyat nanti.

Gabungan parti pembangkang yang menang 82 kerusi perlukan sokongan 30 ahli parlimen lagi untuk suatu usul undi tidak percaya seumpama itu di Dewan Rakyat.- 5/4/2008

APA PANDANGAN ANDA ??????? SILA BERI KOMEN DAN PENDAPAT DI BAWAH..TIADA TAPISAN DIBUAT.BEBAS !

Semuanya taktik kotor PR untuk memerangkap ahli2 MP agar terus ‘goyang’ dengan kepimpinan Pak Lah.Tak kurang juga untuk membuktikan kepada rakyat yang PR adalah mantap dan relevan.Kalau betul-betul mantap,kenapa perlu tunggu?

Kalau betul kata dah pujuk,apa tunggu lagi?Lompat si katak lompatlah.Kita nak tengok macam mana mereka tadbir.Bagi 5 buah negeri pun dah kucar-kacir.Kita nak tengok siapa pengkhianat2 ni.Baru boleh ambil pengajaran.

Ceh,PR bukan sahaja tidak relevan malah menggadaikan maruah agama,bangsa dan negara.

ye ker PR gadai maruah agama, bangsa dan negara? UMNO pertahan sangat ke maruah agama bangsa dan negara. yang nampak2 sgt UMNO perosak utama kepada agama, bangsa dan negara. ye ke dia pertahan agama?bina masjid kira pertahan agama ker?amerika pun buat masjid, rusia pun ada masjid, diorang tu kira pertahan agama Islam gak ker? UMNO pertahan bangsa? aku tengok dari dulu UMNO pertahan anak beranak pemimpin. nak kata dia pertahan ketuanan Melayu? berlambak Melayu merempat. konon kerajaan Pulau Pinang nak tindas Melayu. Tak sedar diri ker UMNO perintah 5o taun pun Melayu duduk dekat tempat bela babi?? UMNO nak pertahan negara? projek koridor pun orang luar boleh beli tanah kat sini. macam tu pertahan negara. UMNO selagi nak berpegang dengan MELAYU, MELAYU, MELAYU, sampai MATI takkan elok.tukarlah pemimpin banyak mana pun, dasarnya tak elok, sampai bila pun ke situ jugak. kita nak rakyat berbilang kaum hidup aman damai, takdak prejudis sesama sendiri, bukan nak kaum lain taat pada melayu sebab takut,patuh tak tentu hala. sekarang siapa pengkhianat? melayu jangan jadi BODOH sangat dengan konsep ketuanan Melayu. Allah bukan hantar Melayu untuk dijadikan panduan, Allah bagi Islam. Tak kira la, kau cina, kau india, kau bangsa gelap ka, cerah ka, kalau kau orang Islam yang baik, kau lebih baik dari Melayu yang tak sedar diri dia tu Islam, pulak berjuang semata-mata untuk bangsa. sedar sikit, kalau bukan kerana Allah hantar Islam kat bangsa Melayu ni, kita ingat kita nak jadi manusia bermaruah hari ni? Skarang sapa gadai maruah agama, bangsa dan negara?

yuzy..kenaper kau senyap.? jawab ler..hehehehehe.

PR memang sebuah parti yang tidak relevan bagi orang yang tahu perjuangan asalnya..dan masih terdapat ramai masyarakat yang masih mengandaikan perjuangan PR yang lebih dinaungi oleh DSAI adalah solusi sebenar kepada masalah yang ada sekarang..Walhal sanggupkah kita menggadaikan maruah bangsa melayu menjadi bangsa melaysia yang telah sekian lama diperjuangkan oleh DAP dan mendapat sokongan padu oleh DSAI.

Di Malaysia tidak seperti negara jiran (indonesia), jika seseorang itu bangsanya Melayu secara zahirnya/automatiknya beliau adalah Islam..Tidak terfikirkah kita apabila pembangsaan Malaysia dilakukan, adakah agama Islam kita masih terjaga, walhal bagsa melayu di’entitikan’ setaraf dengan bangsa lain di Malaysia. Masih adakah program berunsur Islam selepas DSAI memerintah..? Renungkan…

Bagi kepincangan perjuangan UMNO sekarang ini adalah bertitik tolak kepada kelemahan dan kepincangan AAB sendiri yang memerintah berdasarkan perancangan yang menguntungkan kroninya sendiri beserta ahli tingkat emapatnya dan menidakkan pembangunan yang dilakukan oleh TDM sendiri..

Nyata perancangan beliau amat membebankan rakyat dan kemerosotan undi ketika pru12 adalah hanya undi protes dari ahli UMNO sendiri yang loya dan muak dengan percaturan AAB yang bertopengkan pemerintahan untuk rakyat walhal banyak diagihkan kepada ahli-ahli keluarga angkat beliau spt Patrick Lim, UEM dll.Ini diburukkan lagi dengan campurtangan pentadbiran oleh Saudara Khairy, menantu beliau.

Relevankah UMNO atau relevankah PR.
Bersama renunginya..

PakLah undurLah demi Agama,Bangsa dan Negara.

Kata ‘mulutcabai’:
“aku tengok dari dulu UMNO pertahan anak beranak pemimpin. nak kata dia pertahan ketuanan Melayu? berlambak Melayu merempat. konon kerajaan Pulau Pinang nak tindas Melayu. Tak sedar diri ker UMNO perintah 5o taun pun Melayu duduk dekat tempat bela babi?? ”

Saya setuju dgn ‘mulut cabai’. UMNO memang tak boleh diharap. Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal pejuang kita. Dia pernah jadi TPM dan beliau juga orang Pulau Pinang sejak dahulu kala lagi Banyak penggal dia dalam kerajaan. Dia juga pernah mengalahkan Ghafar Baba. Walaupun ramai yg mengaku politik wang sangat berleluasa ketika itu. Anwar tak mungkin terlibat. Isu terbaru beliau hanyalah konspirasi UMNO. Mat Sabu tak tau apa-apa mengenai Anwar. Saiful hanya budak upahan yang tak takut api neraka. Nurul Izah memang layak jadi YB kalaupun dia bukan anak Anwar. Adik Anwar pun memang layak pegang jawatan. Begitu ipar duai dalam PKR. Semua tu atas kelayakan mereka dan langsung tiada kena mengena dgn kroni.

Hanya UMNO yg jahat.

Cakap kat Azmin Ali tu..berhentilah bercakap. Ore tok sir dengar doh walau satu ayat dari PKR.. semuanya bohong tiada satu pon yg boleh dipakai..cukuplah dgn rhetorik 916.. Manusia ni boleh ditipu sekali sekala tapi tak boleh nak tipu sokmo2 setiap masa. Ambo ado otak jugak.. Cukuplah PAS dok bersam dgn PKR..pade doh. Tebing2 kacang jugok punoh dgn PAS sekali..YB Tuan Presiden…check ghetek puok2 erdogan dalam PAS ni..kesian ko Tok Guru Mursyidul Am..nyo buak kudo tunggangan sunggoh..doh la ore tua tu tak berapa sihak..

SATU TEGURAN UNTUK SAUDARA ANWAR
(AKU SOKONG HANYA MELAYU)

Salamulllah,

Saya suka straight to the point…

Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini… cuba pakat pikiaq, salah sapa? adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri… Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.

La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato… saja kata no.

Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.

Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan. Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ……, sakai…. dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu… pasai apa.

Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin. Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.

Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu “ANAK KECIL MAIN API” di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?

Kami ni bukan apa, dekat tok seri pun kami kata, dekat paklah dan khairy pun kami tiew, dekat najib pun kami kata juga terutama bila depa-depa mai tanya pendapat kami pasai nak bawa najib ”’naik”’. Kami pernah kata kami tak mau campuq pasai kami tak bekenan orang jantan ambik bini orang. kami ada sumpah tujuh keturunan. janda dan anak dara bukan main banyak di Malaysia, pasai apa bini orang yang hang nak kacau. Pedang dengan kain putih jadi penghukum. Tapi itu cerita dulu, asai di mau berubah dan sedaq dan ikut cara-cara pak dia sudahlah. kami boleh terima pasai kita sifatnya BAHARU. Tapi masalah la ni tok seri banyak sangat buat provokasi sampai orang melayu bergaduh sama sendiri, cina dah berani main ayat quran, india dan mula tuntut itu ini.

tok seri,

depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot. Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah ” if we cannot win them, we join them” tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.

>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot!
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan ” if we cannot win them, we join them” tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu.
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?
>hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes… pasai apa.

La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.

La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)

Buah salak buah kedondong,
buah beringin dalam perahu,
bukan salah ibu mengandung
hanya dirimu tak ambil tahu

Salamunkhaulanmirrobbirrohim

TOK KENALI3

ps: tak usah dok moderate sangat kerana barang baik akan tetap baik


Leave a comment