Assalamualaikum wrt wbt & salam 1Malaysia.

Satu Seminar Gagasan 1Malaysia Untuk Facebookers dan Bloggers akan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy pada Khamis 28 Julai 2011 bermula 9.30 pagi hingga 4 petang.

Ia bertujuan memberi penerangan yang jelas tentang gagasan 1Malaysia kepada bloggers dan facebookers agar mereka dapat membantu menyebarkan gagasan ini.

Sila emailkan nama, ic, alamat dan email anda kepada email panglimaperangcyber@yahoo.com atau sms 0123378780 dengan segera.

Terhad 200 peserta sahaja.

Barang eksklusif 1Malaysia seperti pin, sticker kereta,poster,booklet,beg akan diberi kepada 200 peserta terawal sahaja.

Pendaftaran juga boleh dibuat pada hari seminar dilangsungkan.

Panglima juga turut menjadi ahli panel Forum pada Seminar tersebut.

(nota : wakil urusetia)

mohon dipanjangkan kepada rakan FB dan follower blog anda. tq

Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini.
( )

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor. Apatah lagi sebelum ini begitu banyak fitnah dilemparkan terhadap PM termasuk isu Altantunya.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.

Mohon resolusi ini diedarkan dengan segera oleh Blogger BPN !!!

Yang benar,

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)

28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam


ya allah…aku seru seluruh umat islam di hulu selangor agar berfikir 100 kali untuk memangkah zaid ibrahim !!!

tolonglah berfikiran waras, jangan ikut cakap anwar atau nik ajis…. demi islam kamu harus menolak zaid ibrahim !!

Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).

Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk “Federal Constitution: Protection For All” di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.

Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, “calun pengantin” yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai “calun berwibawa” mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).

Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama’. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.

Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan”mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir” dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.

Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama’ PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.

Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!

* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta’zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.

Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan “One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan”.

Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.

Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.

Ingatlah amaran ALLAH, “Alam a’ had ilaikum yaa banii aadama alla ta’buduussyaiton, innahu lakum ‘aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!” KLIK SINI

sumber blog gap

Tulisan : Panglima Perang Cyber ( http://penembak-tepat.blogspot.com )

Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai ‘teman lama dan mesra’ golongan Yahudi.

Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada ‘lembah bahaya’ kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.

Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.

Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.

Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.

Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.

Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.

Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?

Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.

Lihat bukti Pakatan Rakyat idea 1Israel di blog Anwar di bawah :

ANWAR-APCO.png

PAS_KuLi_060619x500.jpg

Petikan laporan Utusan Malaysia 12 April 2010

Fakta 1

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan beliau bukannya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan di antara kerajaan Pas Kelantan dengan Pusat berhubung tuntutan royalti minyak.

Sebaliknya, beliau hanya bersedia memberikan khidmat untuk memantau penggunaan wang tersebut sekiranya royalti yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri itu disalurkan kelak.

Fakta 2

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak timbul lagi kerana kerajaan Pusat tetap bertegas untuk tidak memberikan royalti minyak dan mula mengagihkan wang ihsan kepada rakyat negeri ini.

Fakta 3

“Saya bukan hendak jadi orang tengah, saya tawarkan diri untuk memantau duit royalti yang Petronas bagi kepada kerajaan negeri kalau kerajaan Pusat setuju sebab dia (kerajaan Pusat) fikir duit ini akan disalah guna oleh kerajaan negeri.

Fakta 4

“Saya kata sanggup menawarkan diri sebagai pemantau tengok jangan salah guna tetapi kerajaan Pusat tidak mahu bagi royalti, maka tidak timbullah, ini salah faham dari segi tawaran saya,” katanya.

Fakta 5

Ekoran itu, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik bekas Menteri Kewangan itu sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak.

Namun sehingga kini Ku Li tidak menerima sebarang surat tawaran daripada kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai perunding.

Fakta 6

Adakah beliau akan terus menyokong kerajaan negeri untuk membuat tuntutan royalti minyak, Tengku Razaleigh berkata:

“Itu tidak ada kena mengena dengan saya, terpulang kepada rakyat negeri Kelantan.

“Saya tidak menyokong (kerajaan negeri) saya cuma bercakap dan mendengar mengikut undang-undang…

sumber asal klik sini

DSC01483-1.jpg

KESIMPULANNYA :

PAS GAGAL MEMPERALATKAN KU LI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA !!!

4122487848_c1b3017b56.jpg

“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi.

nik-aziz-lim-kit-siang-dapas.jpg

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

tokguru,_karpal%5B1%5D.jpg

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakansifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,

Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).

Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

nik-ajes-lee3.jpg

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

nik_aziz_salam.jpg

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa

Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam

Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.

“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

sumber : Blog Kickdefella ( Syed Azidi )

1. Jelak! Itu kata ringkas yang dapat membayangkan perasaan penulis terhadap portal Malaysiakini setelah membaca versi Bahasa Melayu (BM) perbandingan yang dibuat dalam menganalisa jemputan YAB Najib ketika membentangkan Model Ekonomi Baru (MEB) kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk pulang ke tanah air dan memberikan sumbangan mereka khususnya dalam pembangunan ekonomi negara.

2. Mengapa dalam versi BM Malaysiakini sengaja melebihkan pengkisahan “Kisah Benar” rakyat Malaysia di luar negara yang enggan pulang (sini) berbanding dengan rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air walaupun telah mengecapi kemewahan di sana (sini)?

3. Penulis tidak menolak “kemungkinan” Malaysiakini ada mengarang secara panjang lebar mengenai rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dalam versi Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tetapi apa yang perlu dilihat ialah mengapa mereka dengan segaja menggunakan saluran BM untuk melebihkan kisah rakyat Malaysia di luar negara yang “bencikan” Malaysia dan seolah-olah berbangga sekiranya menjadi warganegara luar.

4. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila artikel berkenaan turut memuatkan penceritaan “Mengapa saya tinggalkan Malaysia?” oleh lima individu yang turut disertakan gambar mereka berbanding dengan artikel “Kenapa saya pulang ke Malaysia?” yang langsung tiada penceritaannya.

5. Penceritaan bermula oleh Farid Tan yang menceritakan bagaimana beliau berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) ketika berkhidmat dengan Bank Bumiputra dan tidak pulang ke Malaysia kerana krisis kewangan yang berlaku pada 1997/98. Selanjutnya beliau menceritakan mengenai kebaikan AS yang memberikan sistem pendidikan yang baik kepada anaknya dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang yang berjaya di sana. Farid Tan terlupa ataupun sengaja buat-buat lupa peluang “langkah pertama” yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat di Bank Bumiputra (ya, Bank BUMIPUTRA) sehingga membuka peluang kepadanya untuk berhijrah ke AS. Kemewahan yang dikecapinya hari ini adalah berpunca dari peluang yang diberikan saham terbesar Bank Bumiputra (sekali lagi, BUMIPUTRA). Tidakkah beliau sedar siapakah pemegang saham yang terbesar di bank itu?

6. Eldina Razak di China pula yang berhijrah keluar dari Malaysia pada 1993 ketika menjadi pelajar tidak akan kembali ke Malaysia kerana beliau mahu “kebebasan dari keluarga dan masyarakat” yang tidak diperolehinya sejak berusia 17 tahun. Beliau kisahkan sewaktu remaja beliau bersama rakan pernah ditahan polis kerana mereka keluar di malam hari dan mendakwa “diugut” oleh polis berkenaan untuk memaklumkan ibu bapa mereka. Marah sungguh beliau atas peristiwa berkenaan sehingga mendakwa polis itu “sebenarnya cuba mendapatkan sogokan”. Wanita ini sebenarnya berfikiran amat liberal dan sesuai dengan pendekatan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak dapat menerima nilai-nilai masyarakat Malaysia dan budaya Timur. Orang sebeginilah yang menjahanamkan pemikiran ketimuran anak muda zaman ini. Jika beliau ingin kembali ke Malaysia, tunggulah sehingga Anwar Ibrahim menjadi PM. Itupun jika Anwar jadi PM. Jika tidak, teruskan angan-angan anda seperti retorik 16 Septermber-nya.

7. Isabel Lee yang bekerja di Singapura pula merasakan rakyat Malaysia tidak progresif dan tidak agresif kerana “begitu selesa” selain daripada faktor ekonomi yang menjadikan alasan beliau untuk tidak kembali ke Malaysia. Begitu juga Jaqualine George, bekas pelajar di Australia yang kembali semula ke negara berkenaan yang melihat kepada faktor ekonomi. Kedua-dua mereka ini secara ringkasnya melihat kepada pentingnya ekonomi diri diperkayakan untuk berjaya dalam hidup. Malaysia tidak memerlukan rakyat yang “pentingkan diri” (utamakan kekayaan diri sendiri) dengan menjadikan alasan ekonomi untuk menyanjung negara luar. YAB Najib sepatutnya tidak membuka peluang kepada mereka ini untuk menguasai ekonomi negara kerana sekiranya diberikan peluang, mereka akan mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan negara.

8. Khoo Ghaik Cheng, seorang pensyarah di Australia, begitu lantang menyatakan tidak akan kembali kerana merasakan kaum minoriti di Malaysia “tidak dihargai”. Beliau juga “tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia”. Penulis bersetuju sekiranya beliau tidak kembali ke Malaysia dan jika ditarik semula kerakyatannya, penulis amat bersyukur. Kerajaan yang dipilih adalah dari majoriti rakyat. Ini bermakna menjadi hak kerajaan itu untuk menentukan dasar negara yang bagaimana ingin direncanakan. UMNO/BN menggunakan pendekatan kesaksamaan, agihan ikut keperluan dan bukannya semberono agih secara sama rata. Tunggulah sehingga DAP, PKR dan PAS memerintah Malaysia sekiranya anda menginginkan agihan sama rata di Malaysia ini! Ketika itu, Hak Istemewa Orang Melayu dan agama Islam sebagai Agama Persekutuan akan dihapuskan pakatan berkenaan. Sudah pasti anda boleh berbesar hati dengan kepimpinan mereka.

9. Fokus penulis bukan untuk melihat kepada alasan-alasan “pengkhianat negara” berkenaan, tetapi kepada pendekatan Malaysiakini untuk mencenderungkan berita untuk melihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diuruskan dengan “teruk, gagal dan mengecewakan”. Malaysiakini yang dialung-laungkan sebagai media “adil, seimbang dan bebas” oleh pihak pembangkang sebenarnya tidak mementingkan kestabilan sosial dan tata kenegaraan dalam penghasilan artikel dan rencana mereka. Mereka lebih mementingkan kepada sisi berita yang “boleh diriuhkan” oleh masyarakat. Inilah yang diiginkan oleh pihak pembangkang.

10. Dalam konteks penulisan yang dibincangkan, Malaysiakini sedar majoriti pembaca (pengundi) Melayu akan membaca dalam versi BM (percuma dan mudah difahami) berbanding versi BI (perlu dilanggan dan bukan bahasa ibunda). Atas faktor itu mereka memilih untuk memperbanyakkan penceritaan yang boleh “menggugat kepercayaan” pembaca (pengundi) Melayu terhadap kerajaan. Gelaran sebagai “media alternatif” yang diberikan perlu ditukar kepada “media pro-pembangkang”.

11. Lihat juga bagaimana dalam versi BI, mereka memberikan pembaca membaca komen-komen mengenai sesuatu isu secara percuma (yang boleh dikatakan kesemuanya menghentam kerajaan). Tidak pernah penulis membaca komen yang memuji kerajaan di dalam ruangan berkenaan. Liciknya Malaysiakini mempengaruhi minda pembacanya untuk membenci kerajaan, UMNO dan BN.

12. Penulis menyeru agar semua pembaca menilai semula apa saja artikel yang dipaparkan Malaysiakini kerana kebanyakkannya “menangkap minda separa sedar” dan mempengaruhinya melalui propaganda tersembunyi. Propaganda itu jika baik kepada negara tidak mengapa, tetapi sehingga kini, penulis melihat kebanyakkannya memburukkan kerajaan (pentadbir negara dipilih majoriti rakyat). Oleh itu, secara ringkasnya, di dalam membaca Malaysiakini, jangan lupa perkara ini: “Baca boleh, percaya? Fikir dulu!”

Nota kaki:
Penulis tidak melanggan Malaysiakini dalam versi BI kerana tidak mahu “menyumbang” kepada media yang tidak mementingkan kestabilan negara!

blog http://satulimatiga.blogspot.com/

Sudah ada ura ura Anwar akan diterima kembali ke UMNO ! dan ia diulas oleh banyak blog.

Cuma pendapat anda macam mana ?

Sila beri komen dan kita akan tunggu apakah keputusannya.